Sunday 28 March 2010

AQSA SYARIF DI MAJLIS PELANCARAN BUKU



Ahad, 28 Mac 2010 telah berlangsung pelancaran tiga buah buku yang diterbitkan oleh JIMedia dan PACE. Pelancaran buku tersebut berlangsung dari pukul 1 hingga 2 tengah hari di pentas Utama ruang legar di mana berlangsungnya pesta buku KLIBF (Kuala Lumpur International Books Fair) di PWTC. Tiga buah buku tersebut ialah buku yang ditulis oleh Ahmad Shafi'ai Uda Jaafar (Pak Utih) iaitu 'Suami Memimpin dan Isteri Mengurus', buku yang ditulis oleh Cikgu Ruzain Syukur Mansor dan Cikgu Mohamad Azmi Che Musa berjudul 'Tips Urus Kelab Remaja Masjid' dan buku 'Palestine - Opression Unrivalled' oleh Dr Hafidzi Mohd Noor. Pengerusi Majlis pelancaran buku ialah Hj Riduan Harun felo kanan PACE dan aktivis AQSA SYARIF.

Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj, Naib Presiden JIM telah sudi menyempurnakan perasmian pelancaran dan Majlis bedah buku Palestine - Opression Unrivalled'. Ini diikuti dengan diskusi Bedah Buku oleh penulis selama 30 minit dan di serikan di akhir majlis dengan dendangan nasyid dari kumpulan DAI'E.

Mereka telah menyampaikan 3 buah nasyid dengan penuh semangat. Yang paling menggemakan suasana ialah nasyid 'Ruhul Jadid'. Alhamdulillah ramai pengunjung berkumpul di ruang legar mengikuti majlis pelancaran JIMedia dan menghayati pesan-pesan yang terkandung dalam diskusi bedah buku terhadap tuntutan perjuangan pembebasan al-Aqsa. Penulis buku yang juga ahli lembaga pengarah AQSA SYARIF sempat memperkenalkan juga AQSA SYARIF dan penglibatannya bersama PACE dalam program boikot barangan Israel di Pasar Tani Shah Alam yang berlangsung pada sebealh apginya. Syukur ke hadrat ilahi atas peluang amal yang diberikan untuk menyemarakkan jihad di bumi al-Quds.

1 comment: