Thursday 4 March 2010

Menyebar Maklumat Bersama Berjuang Membebaskan Aqsa


Walaupun dihujung bunia Asia, Penduduk Pontian tetap merasai keperitan rakyat Palestin dan kesedihan ummah ke atas keganasan Yahudi Zionis terhadap penduduk pribumi Palestin.

Aqsa Syarif Pontian (ASP) ditubuhkan di atas rasa tanggungjawab untuk membantu pertubuhan induk Aqsa Syarif peringkat Nasional (Malaysia). ASP akan menerima arahan dari semasa ke semasa dan akan melaksanakan pelbagai perancangan dan program sesuai dengan ruang lingkup dan tanggungjawabnya.

Kerjasama dari semua pihak, termasuk agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan, masyarakat pekan dan kampung dan orang persaorangan di harapkan akan dapat membantu misi Aqsa Syarif untuk menyebarkan makluamt tepat mengenai palestin seterusnya mendapatkan bantuan dan sumbangan untuk disalorkan kepada mereka yang sedang ditindas oleh yahudi Zionis.

No comments:

Post a Comment