Thursday 27 January 2011

Relawan A2G berkongsi pengalaman bersama Aktivis AQSA seluruh Negara




23 Jan 2010 telah berlangsung retreat Aqsa Syarif (AQSA) yang dihadiri para aktivis seluruh negara. Pengerusi sekretariat Negeri-negeri dan dareah-daerah serta Jawatankausa N&D turut serta. Relawan A2G diberi peluang berkongsi pengalaman. Menjelaskan pengalaman dan mengulas kehebatan Gaza dalam konteks aktivisma perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa dan palestin.

Kini aktivis AQSA seluruh negara lebih bersedia di dalam Memberkasa Ummah - membebaskan Al-Aqsa. Semoga AQSA terus cemerlang di dalam memacu misi dan visi yang mulia dan murni.

Friday 14 January 2011

Liputan Aqsa2Gaza Konvoi kemanusiaan di Utusan Malaysia

Akhbar Utusan Malaysia 5 Januari 2011 memberikan liputan konvoi kemanusiaan A2G VP5. Layari link ini...

http://www.aqsasyarif.org.my/

Ceramah Misi Kemanusiaan ke Gaza di Kampung tempat relawan dilahirkan





19 November 2010, di dalam kegelapan jalan kampung, kenderaan dipandu ketua konvoi A2G PM Dr Mohd Zin Kandar meluncur laju merentasi beberapa kampung selepas exit PLUS Simpang Renggam. Simpang empat Parit Madirono dilalui dan membelok ke jalan menuju beberapa kampung yang bermula dengan nama "parit". Akhirnya kenderaan van 12 seater yang membawa anak-anak dan barangan Aqsa Syarif membelok di kawasan balai raya Kg Parit Permatang Sepam. Persekitaran gelap, balam-balam lampu di surau comel di penjuru jalan dengan beberapa ahli jemaah kelihat duduk berborak. Inilah sebenarnya kampung yang mengimbau 1001 nostalgia manis dan pahit, perit dan pedih. Masih terbayang 'kaki ayam' yang melangkah di jalan berlumpur, keringat yang membasahi seluruh tubuh dek kerana panas terik memancar kesebatang tubuh kerdil yang sedang menolak basikal yang dihimpunkan sekitar 8-10 tandan pisang untuk dibawa ke hujung kampung bagi memperoleh seringgit dua bagi keperluan membeli beras dan garam.... "ah... itu 40 tahun dahulu.." bisik hati tubuh sederhana yang sudah berumur setengah abad itu menuruni kenderaannya dan menuju surau berhampiran.

Malam ini adalah di antara hari yang bersejarah. Kerana anak kampung Permatang Sepam ini berpeluang berkongsi pengalamannya menjejak kaki di Gaza dan balik bersama 6 relawan yang lain membawa 'ghanimah' atau 'barangan rampasan perang' selepas berjaya memecahkan sekatan Israel di Gaza. 'Ghanimah' yang perlu dibahagi-bahagikan kepada rakyat Malaysia. Begitulah cerita yang di sampaikan oleh Dr Zin dihadapan sekitar 80 orang kampung yang terdiri dari Pak Imam, Ketua Kampung (En Buang), pakcik-pakcik, makcik-makcik, anak-anak buah dan tak ketinggalan rakan sekelas ketika di sekolah rendah dan menengah di kampung ... lebih 40 tahun yang lalu.

Alhamdulillah. Jualan barangan Aqsa Syarif turut di adakan dan kutipan derma untuk rakyat Gaza turut di lakukan. Jazakallahukhairan semua orang kampung. Jasamu sentiasa dikenang dan dihargai.