Sunday 28 March 2010

AQSA SYARIF DI MAJLIS PELANCARAN BUKU



Ahad, 28 Mac 2010 telah berlangsung pelancaran tiga buah buku yang diterbitkan oleh JIMedia dan PACE. Pelancaran buku tersebut berlangsung dari pukul 1 hingga 2 tengah hari di pentas Utama ruang legar di mana berlangsungnya pesta buku KLIBF (Kuala Lumpur International Books Fair) di PWTC. Tiga buah buku tersebut ialah buku yang ditulis oleh Ahmad Shafi'ai Uda Jaafar (Pak Utih) iaitu 'Suami Memimpin dan Isteri Mengurus', buku yang ditulis oleh Cikgu Ruzain Syukur Mansor dan Cikgu Mohamad Azmi Che Musa berjudul 'Tips Urus Kelab Remaja Masjid' dan buku 'Palestine - Opression Unrivalled' oleh Dr Hafidzi Mohd Noor. Pengerusi Majlis pelancaran buku ialah Hj Riduan Harun felo kanan PACE dan aktivis AQSA SYARIF.

Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj, Naib Presiden JIM telah sudi menyempurnakan perasmian pelancaran dan Majlis bedah buku Palestine - Opression Unrivalled'. Ini diikuti dengan diskusi Bedah Buku oleh penulis selama 30 minit dan di serikan di akhir majlis dengan dendangan nasyid dari kumpulan DAI'E.

Mereka telah menyampaikan 3 buah nasyid dengan penuh semangat. Yang paling menggemakan suasana ialah nasyid 'Ruhul Jadid'. Alhamdulillah ramai pengunjung berkumpul di ruang legar mengikuti majlis pelancaran JIMedia dan menghayati pesan-pesan yang terkandung dalam diskusi bedah buku terhadap tuntutan perjuangan pembebasan al-Aqsa. Penulis buku yang juga ahli lembaga pengarah AQSA SYARIF sempat memperkenalkan juga AQSA SYARIF dan penglibatannya bersama PACE dalam program boikot barangan Israel di Pasar Tani Shah Alam yang berlangsung pada sebealh apginya. Syukur ke hadrat ilahi atas peluang amal yang diberikan untuk menyemarakkan jihad di bumi al-Quds.

Friday 26 March 2010

Program Kempen Boikot Israel

Jom ke Pasar Tani Shah Alam
Ahad, 28 Mac 2010 (8.00pg-1.00tgh)

Viva Palestina Malaysia sekali lagi akan turun padang...

kami akan mengadakan kempen boikot Israel “Walkabout” di Pasar Tani Shah Alam.

Jualan kali ini,akan memaparkan Tshirt boikot Israel & Free Gaza ,skaf Palestin & topi.

Rebutlah peluang untuk mendapatkan belon Boikot Israel yang terhad ini dari Badut VPM sendiri secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini bawalah anak-anak anda bersama. Membeli belah barangan tempatan dengan suatu tujuan yang murni.

Datanglah beramai-ramai mengunjungi Pasar Tani Shah Alam pada hujungminggu ini. Jumpa di sana!.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azian 012 211 5749 atau Jemaimah 013 231 4596.

Viva Palestina Malaysia
Lokasi: Pasar Tani Shah Alam(Bazarena) terletak di Seksyen 13, Shah Alam berhampiran dengan Stadium tertutup Malawati.

Photo: Aqsa Syarif Board of Directors at Viva Palestinia Malaysia (VPM) committee meeting.

Students Speaks About Aqsa Syarif & Palestinian Issues




The main topic for today's (Friday 26 March 2010) Speaker's Corner at Dataran Agora Universiti Teknologi Malaysia (UTM) was the Palestinian issue, by 'Asim 'Abdullah Ainul Lotfi of UTM Iqra' Club. Some 100 Aqsa Syarif's "I love Palestine" badges were distributed free to listeners present, sponsored by a kind supporter of the Palestinian cause.

Thursday 25 March 2010

KHUTBAH JUMAAT: MASJID AL-AQSA DALAM BAHAYA

Khutbah jumaat

Masjid al-Aqsa dalam bahaya

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ،، أما بعد:

Sidang jumaat yang dimuliakan….

Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap masjid al-Aqsa pada hari ini merupakan satu percubaan zionis yang kejam bagi membakar dan memusnahkan masjid al-Aqsa, serta menghapuskan kesan kesan kesucian Bandar Al-Quds. Dengan bertujuan menyingkirkan umat Islam dan mengubah Bandar tersebut menjadi Bandar Yahudi. BACA SETERUSNYA

Perutusan Pengerusi AQSA SYARIF

A

ssalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Selepas memuji Allah S.W.T dam berselawat ke atas junjungan tercinta Mohammad S.A.W, doa kita untuk para sahabat dan syuhada’ di mana-mana sahaja sepanjang zaman, terutama para syuhada’ di bumi Palestin.

Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama kita. Transit Nabi S.A.W antara Mikraj ke langit, ketika Isra’ dari Masjidil Haram Mekah. Di situ baginda dijamu pilihan susu atau arak oleh Jibrail a.s. Baginda memilih susu tanda kembali kepada fitrah... BACA SETERUSNYA

Sunday 21 March 2010

Liputan Malaysia Harmoni tentang Aqsa Syarif


Aqsa Syarif mengorak langkah bela al-Aqsa

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa dan melakukan upacara perasmian tempat penyembahan Yahudi, Haikal 15 Mac lalu bakal mencetuskan satu lagi ledakan perjuangan besar di Palestin. Upacara yang turut dihadiri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu itu memuncakkan ketegangan sedia ada di Baitul Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa. baca lanjut di SINI

Sumbangan untuk Palestin

Sebarang sumbangan untuk Palestin, sila bank in ke Akaun Aqsa Syarif. May Bank, No Akaun: 551575-004299

Anda perlu SMS amount dan tujuan specific ke 013-4352539 atau e.mail ke drzin2000@yahoo.com.
Terima Kasih, Jazakumullahukhairan.

Sunday 14 March 2010

Berita BERNAMA



Aqsa Syarif Urges Malaysians To Donate To Palestinians

KUALA LUMPUR, March 20 (Bernama) -- Non- governmental organisation (NGO) Aqsa Syarif has urged Malaysians to donate to Palestinians who are defending the sanctity of Al-Aqsa Mosque.

Chairman Hasanudin Mohd Yunus said although Malaysians could not physically defend the mosque like the Palestinians, they could help by other means.

baca lanjut di SINI



Saturday 6 March 2010

TAHUKAH ANDA SEMPADAN BAITUL MAQDIS YANG SEBENARNYA ?


Di manakah sempadan wilayah yang dirujuk sebagai Baitul Maqdis? Adakah ia sekadar Masjid al-Aqsa, atau sekitar kota lama (old city), atau Baitul Maqdis timur dan barat (yang dirujuk oleh Israel hari ini), atau Baitul Maqdis raya (The greater Baitul Maqdis)?. Sempadan Baitul Maqdis yang sebenarnya meliputi satu daerah yang cukup luas meliputi sehingga sempadan Jordan, Laut Mati, Ashkalan, Jaffa (sebutan Yaffa) bahkan sehingga Gaza (Ghazza). Ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, hadis, kitab-kitab sejarah Islam klasik yang dinukil oleh Al-Wakidi dan juga arahan-arahan yang terkandung dalam perutusan Umar al-Khattab...
baca lanjut DI SINI

Friday 5 March 2010

T-Shirt, Vest & Sticker Kereta






Aqsa Syarif telah menghasilkan beberapa produk seperti Kemeja T, Vest, Sticker Kereta, book mark, note book, mug, botol air dan lain-lain. Barangan ini boleh dibeli dari wakil-wakil Aqsa Syarif seluruh Malaysia. Aqsa Syarif mempunyai wakil di seluruh negara, setiap negeri dan Insya Allah setiap daerah. Jualan barangan ini adalah semata-mata untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada rakyat Palestin, khususnya anak-anak yatim, ibu tunggal dan rakyat yang dicederakan oleh regim Yahudi. Pasangkan sticker kereta tersebut di kereta-kereta anda sebagai sokongan moral dan menyemarakkan semangat ingin membantu rakyat Palestin yang ditindas.

Ganjaran terbaik dari Allah menanti anda Insya Allah.

Thursday 4 March 2010

Sekitar Al-Aqsa yang Mulia




Menyebar Maklumat Bersama Berjuang Membebaskan Aqsa


Walaupun dihujung bunia Asia, Penduduk Pontian tetap merasai keperitan rakyat Palestin dan kesedihan ummah ke atas keganasan Yahudi Zionis terhadap penduduk pribumi Palestin.

Aqsa Syarif Pontian (ASP) ditubuhkan di atas rasa tanggungjawab untuk membantu pertubuhan induk Aqsa Syarif peringkat Nasional (Malaysia). ASP akan menerima arahan dari semasa ke semasa dan akan melaksanakan pelbagai perancangan dan program sesuai dengan ruang lingkup dan tanggungjawabnya.

Kerjasama dari semua pihak, termasuk agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan, masyarakat pekan dan kampung dan orang persaorangan di harapkan akan dapat membantu misi Aqsa Syarif untuk menyebarkan makluamt tepat mengenai palestin seterusnya mendapatkan bantuan dan sumbangan untuk disalorkan kepada mereka yang sedang ditindas oleh yahudi Zionis.