Saturday 26 June 2010

CERAMAH KESEDARAN PALESTIN KEPADA PELAJAR MRSM


Jumaat, 25 Jun 2010: MRSM Pontian, Johor telah mengadakan ceramah Palestin kepada 750 orang pelajarnya. Ceramah turut disertai oleh Timbalan Pengetua dan guru-guru. Ceramah diadakan di surau maktab berkenaan.

Ceramah yang bermula jam 8.30 malam itu telah disampaikan oleh Ust Dr Aminuddin Ruskam dari Aqsa Syarif. Ceramah telah dimulakan dengan sejarah Palestin yang berkisar kepada keluarga Nabi Ibrahim sehingga terhasilnya bangsa Yahudi. Ust Dr juga mengupas makna Yahudi, Israel dan Zionis.

Perjuangan semasa termasuk peranan Aqsa Syarif juga diterangkan. Gerai Aqsa Syarif juga dibuka. Coklat Aqsa Syarif menjadi barang rebutan sehingga telah habis terjual kesemuanya.

No comments:

Post a Comment