Monday, 23 August 2010

Pengerusi AQSA Serah Bantuan




Pengerusi AQSA membuat penyerahan tajaan rakyat Malaysia untuk Anak-anak yatim Palestin di Beirut baru-baru ini. Jika anda ingin membuat penajaan bagi diserahkan pada masa yang akan dirancang nanti sila ke : http://aqsasyarif.com/tajaan/. Penyerahan pada awal Ramadhan tahun ini benar-benar memberi makna kepada anak-anak Yatim Palestin yang akan menyambut Hari Raya. Penyerahan tersebut turut dirakamkan melalui program Bersamamu Palestin TV3 yang akan ditayangkan mulai minggu ini bersama Duta Palestin TV3 Faizal Tahir.

Sambuan Hari Al - Quds di SRIH JB




Cubaan memusnah Masjidil Aqsa oleh orang-orang Yahudi terus dikongsi kepada anak-anak didik institusi IKRAM di Johor iaitu Sek Ren Islam Hidayah. Pada 23 Ogos 2010, Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru telah berjaya mengadakan sambutan Hari Al - Quds yang amat meriah. Ustaz Rofazlin menyampaikan ceramah untuk murid - murid tahun 3, 4 dan 5. Sudut pameran juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Pameran ini akan dibuat selama seminggu. Ustaz Mohd Nor, Ustazah Nazira dan Ustazah Sabrina tak menang tangan melayan murid - murid membeli. Untuk makluman, jualan ini juga akan dibuat selama satu minggu. Ustaz Azmen pula menyampaikan ceramah bagi murid - murid tahun 1 dan 2. Ceramah diasingkan kerana menggunakan pendekatan yang berbeza antara kedua - duanya.

Selesai sesi ceramah, pihak sekolah terus membuat kutipan untuk Palestin dikalangan murid - murid. Alhamdulillah, walaupun semua murid di sekolah ini telah diberikan tabung Palestin untuk setiap orang, namun semangat menderma tetap membara bila tabung yang besar diedarkan. Jumlah kutipan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak sekolah.

Sunday, 15 August 2010

Misi Bantuan Palestin Di Kem-kem di Beirut


Al-Fadhil Ust Hasanuddin, Pengerusi Aqsa Syarif (AQSA) kini sedang berjihad dan bermujahadah melaksanakan misi AQSA membantu rakyat Palestin. Beliau kini bersama crew TV3 di Beirut membuat penyerahan bantuan anak-anak yatim dan keluarga miskin yang berada di kem-kem pelarian. Rakyat Malaysia akan berpeluang menonton segmen tersebut mulai 18 Aug ini Insya Allah di dalam rancangan Bersamamu Palestin di TV3, Nantikan kedatangannya di Ramadhan yang penuh barakah ini. Untuk maklumat tajaan anak yatim & keluarga miskin Palestin sila kehttp://aqsasyarif.com/penaja/

Friday, 6 August 2010

Khutbah Jumaat Bersempena Hari Al-Quds

Hari al-Quds alah hari memperingati peristiwa hitam bila mana Masjidil Aqsa cuba dimusnahkan oleh manusia tidak berperikemanusiaan. Pada 21 Ogos ini genaplah 41 tahun Masjid al-Aqsa dibakar iaitu pada tahun 1969. Tarikh tersebut telah diwartakan sebagai hari al-Aqsa oleh kerajaan Malaysia sebagai mengingatkan umat Islam khususnya bahawa isu Palestin adalah isu yang berkait langsung dengan masa depan Masjid al-Aqsa.

Hari al-Aqsa merujuk kepada peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit.


Baca lanjut di...
http://aqsasyarif.com/artikel/teks-khutbah-sempena-hari-al-quds-negeri-selangor/

SELAMAT DATANG RAMADHAN

... MENYUMBANGLAH DI BULAN YANG PENUH BARAKAH INI KEPADA PERJUANGAN MEMBEBASKAN AL-AQSA. Hubungi wakil-wakil Aqsa Syarif.

WARGA MRSM PERIHATIN PALESTIN






6 Ogos 2010 mencipta sejarah di MRSM Pontian, bilamana pelajar-pelajar remaja di MRSmengembling tenaga bersama Aqsa Syarif, guru-guru dan penaja yang budiman berjaya menganjurkan MALAM AMAL RINTIHAN SAUDARAKU PALESTIN. Ini adalah salah satu aktiviti seminggu ko-kuriklum MRSM. Di adakan di dewan besar MRSM dan dihadiri hampir 1000 pelajar dan penduduk setempat, majlis dipenuhi dengan ceramah Palestin oleh Yang Bhg, Dr Fauziah Mohd Hasan (Aktivis Aqsa Syarif Malaysia dan seorang Pakar Perubatan), PM Dr Abdull Rahim Yusof (Aqsa Syarif Johor) dan persembahan Nsayid yang mantap oleh MUAZ.

Ceramah Palestin dipersembahkan bersama tayangan media menjelaskan sejarah dan kekejaman rejim Israel laknatullah yang tidak henti-henti menyakiti, membunuh, mencedra dan ingin menghapuskan rakyat palestin dengan 1001 macam kezaliman. Namun tidak semudah itu bagi rakyat Palestin dan pencinta keamanan mengalah dan menyerah dari konspirasi Zionis Terrorist Dunia itu. Umat Islam, malah mereka yang berperikemanusiaan, tidak akan berhenti berganding bahu menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin.

Bagi para pelajar MRSM dan warganya, beginilah agaknya azam dan semangat yang membara'''

"Walaupun Al-Aqsa berada dikejauhan, namun semangat dan kebersamaan rakyat malaysia, khususnya warga MRSM Pontian tetap dapat mendengar 'rintihan saudara ku Palestin'. Oh Palestin saudara kami .... kami semua bersama mu !... Kami akan terus berjuang dan berdo'a untuk yang terbaik bagi mu. Kami akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantumu.

Hari ini, malam ini, di saat ini adalah titik permulaan kami... Insya ALlah langkah kami akan terus kehadapan ... berada di belakangmu wahai saudara-saudaraku Palestin. Kami akan terus melangkah saban tahun untuk berjuang bersama-sama rakan-rakan dan NGO atau sesiapa sahaja membantumu."

Majlis yang istimewa, turut di hangatkan dengan persembahan beberapa buah nasyid yang membangunkan semangat juang dan keinsafan. Abang MUAZ Dzulkifli, seorang artis nasyid yang tak asing, turut menyumbang menaikkan semangat para pelajar untuk terus berjuang membantu saudar Palestin yang sedang berjuang.

Sejumlah lebih RM7000.00 berjaya dikumpul melalui sumbangan para pelajar, keluarga pelajar, masyarakat Pontian dan orang perseorangan melalui program ini. Cek diserahkan melalui wakil AQSA (nilai sebenar lebih RM7000, walaupun mock-cheque bernilai RM5000). Turut membantu dan memeriahkan majlis ialah para petugas Aqsa Syarif Pontian dan ahli-ahli Pertubuhan IKRAM cawangan Pontian.

Tahniah kepada Pengetua MRSM Pontian, para guru pembimbing, para JK pelajar dan semua warga MRSM. Jasamu dan keikhlasanmu dicatat dan akan diganjari oleh ALlah swt.