Monday 25 April 2011

Perkongsian A2G di Masjid Umariah Lama, Kg Selama Batu 7 3/4 Jln Kapar, Kelang







Pada hari Ahad 24 April selepas solat Maghrib, Ketua konvoi A2G diberi peluang oleh Allah swt untuk berkongsi pengalaman mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 2010 yang lalu.

Sekitar 100 ahli jamaah majid dan penduduk sekitar hadir. Penceramah menghuraikan beberapa pengalaman penting di antaranya:-
a. Penyertaan sukarelawan antarabanysa yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Ini terjadi kerana kezaliman rejim Israel yang teramat sangat sehinggakan tentangan yang diterima Israel sekarang bukan dari masyarakat Islam sahaja, malah masyarakat bukan Islam dari serata dunia termsuk, Eropah, Amerika, Australia, New Zealand, asia dan sebagainya.
b. Kezaliman rejim Israel berterusan, bermula dari seawal 1947 lagi dalam bentuk pengusiran penduduk tempatan, perobohan bangunan-bangunan, pembunuhan penduduk tanpa mengira umur dan kini dalam bentuk pemboikotan dan pembinaan tembuk-tembuk konkrit untuk menekan penduduk Palestin dari mendapat keperluan asas. Hal tersebut jelas menggambarkan zional adalah suatu kefahaman kebendaan dan perkauman yang ebrasaskan kezaliman.
c. Kekuatan rakyat Palesrin dan Gaza yang terus berjuang mempertahankan bumi ummah Islam dan Masjidil Aqsa. Mereka adalah benteng kepada ummah, berada di barisan hadapan menentang tentera-tentera pengecut Israel yang ganas. Hanya dengan batu-batu ditangan mereka mengusir tentera Israil dari menceroboh penempatan mereka. Ramai yang sudah terkorban, samada di kalaangan kanak-kanak, wanita, pemuda dan para alim ulama Palestin. Rakyat Malaysia mestilah berganding bahu bersama Aqsa Syarif, bersama-sama merasai bahawa, perjuangan mereka adalah perjuangan kita. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita. Sokongan, doa, bantuan kewangan untuk perjuangan mereka perlu diteruskan. Perjuangan Palestin pasti menang suatu hari nanti. Oleh itu buatlah apa yang sesuai, termasuk memboikot produk-produk syarikat yang menyokong Israel seperti Nestle, Coca Cola, Mc Donald dan Este Lauder.







Pameran dan jualan oleh JK Aqsa Syarif Kelang turut di adakan yang diketuai oleh Sdr Kamsani.
Majlis dipengerusikan oleh bilal Masjid, Tn Hj Mohd Said Kandar tamat sekitar 9.45 malam.

Saturday 23 April 2011

Pendedahan Palestin dan Gaza di Sek Men Dato' Penggawa Barat Pontian









23 April 2011, seramai tiga ratus pelajar-pelajar asrama Sekolah Dato' Penggawa Barat telah mendapat pendedahan mengenai isu Palestin dan pengalaman konvoi A2G merentasi benua eropah serta menembusi tembuk sekatan ke Gaza. Bermula selepas solat Maghrib sehingga berakhir jam 9.30 malam, sesi perkongsian disampaikan oleh PM Dr Mohd Zin Kandar dengan persembahan slides gambar-gambar dan video mrnganai Palestin dan Gaza.

Dr Mohd Zin sesekali menekankan aspek motivasi kepada pelajar-pelajar di samping isu Palestin yang dibicarakan. Perlunya para pelajar membina jatidiri sebagai umat Islam, penumpuan kepada pelajaran dan pencapaian kecemerlangan akademik adalah di antara fokus ceramah beliau.

Isu kezaliman rejim zionis Israel yang berterusan semenjak tahun 1947 dihuraikan di samping nasib malang rakyat Palestin yang telah kehilangan tanah dan hak untuk hidup di bumi sendiri. Intifadah (uprising) yang dilakukan penduduk Palestin dan perlunya membantu memperolehi semula Masjidil Aqsa dari cengkaman Israel turut dihuraikan bagi menyedarkan pelajar akan tanggungjawab memiliki sifat prihatin terhadap perjuangan rakyat Palestin dan usaha-usaha yang dijalankan Aqsa Syarif.

Turut hadir ialah ketua warden asrama, Ustaz Haris Mustafa, cikgu Rashid dan warden-warden asrama putera & puteri. En Abdul Halim (Pengerusi J.Kuasa Belia Remaja IKRAM Pontian) dan Muhammad Aiman Mohd Zin turut membantu dari aspek teknikal, kutipan derma dan jualan coklat Aqsa Syarif.

Sambutan dari para pelajar sekolah berasrama ini sungguh berkesan dan ramai dari pelajar terus bergegas balik ke asrama masing-masing untuk mengambil duit bagi membeli coklat Aqsa Syarif dan menghulurkan sumbangan ke tabung Aqsa Syarif.

Kesemua coklat sekitar 80 keping habis terjual dan sumbangan diterima dari pelajar-pelajar berjumlah RM106.80. Sesungguhnya nilai tersebut sangat besar jika dilihat dari aspek keadaan pelajar-pelajar yang masih berada di tingkatan 1-5 di sekolah berasrama. Tahniah SDPB kerana memiliki anak-anak murid yang begitu berhati mulia dan prihatin. Allahu Akbar.

Saturday 2 April 2011

Siri Ceramah Aqsa Syarif di Masjid-masjid Di Daerah Pontian


Beberapa siri ceramah Palestin di Masjid-masjid sekitar daerah Pontian telah dijalankan oleh Sekretariat Daerah Pontian yang diketuai oleh Cikgu Amran Rahmat. Turut memberi ceramah ialah YDP Ikram Pontian yang merupakan ketua konvoi A2G iaitu PM Dr Mohd Zin Kandar.

Masjid-masjid yang telah diziarahi Aqsa Syarif Pontian ialah Masjid Air Baloi, Masjid Rimba Terjun dll...